Selasa, 3 Mac 2009

ANUGERAH RTB 2008

15 FEBRUARI 2009 ( AHAD )

Radio Televesyen Brunei Jabatan Perdana Menteri alhamdulillah sekali lagi mengadakan Anugerh RTB 2008 di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Anugerah kali Nur Islam telah calonkan 2 kategori daripada 26 kategori yang dipertandingkan iaitu Jurualas Terbaik dan Program TalkShow Radio Terbaik. Di dalam kategori Juruulas Terbaik 2008 salah seorang juruhebah nur islam dicalonkan beliau ialah Hj Abd Rahman bin Hj Ahim semantara kategori Program Talkshow Radio Terbaik ialah Hasrin bin Hj Awg Damit dan Ibnue Mohd Hifnee bin Kiflee.
Alhamdulillah dalam kategori Juruulas Radio Terbaik Hj Abd Raman telah dinobatkan sebagai pemenang menerusi Siaran Langsung Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara dan Program Syifa Ussudur yang dikendalikan oleh Hasrin Hj Awg Damit memenangi katigori Program Talkshow Radio Terbaik.
Catatan Misteri Dalam Islam yang dikendalikan oleh Ibnue Mohd Hifnee bin Kiflee tercalon, namun program ini pernah menerima anugerah pada tahun 2005 yang dikendalikan oleh mantan juruhebah nur islam Awg Mohd Yusri bin Hj Abu Bakar.
Dalam merialisasikan matlamat Nur Islam, Nur Islam sentiasa berusaha memenuhi permintaan pendengarnya yang tersendiri dalam menerbitkan rancangan-rancangan berbentuk ilmiah khusus ilmu ukhrawi di samping diselitkan juga beberapa hiburan yang berbentuk Dakwah yang tidak terkeluar dari garis pandu konsep Nur Islam sendiri.
Bermula Mei, 2008 yang lalu Nur Islam rancak mengandalikan rancangan-rancangan interaktif setiap malam bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam.
Diantara Rancangannya ialah:
Isnin - Sinar Kecemerlangan dikendalikan oleh HRA
Selasa - Syifa Us Sudur dikandalikan oleh HHD
Rabu - Catatan Misteri Dalam Islam dikendalikan oleh IBNUE
Khamis - Tarannum Bil Quran dikendalikan oleh AMM
Juma'at - Intelek dikendalikan oleh HMJ
Sabtu - Fikrah dikendalikan oleh MFM
Ahad - Skop Medik dikendalikan oleh WAF
Kesemua Rancangan ini melibatkan penyertaan pendengar Nur Islam di mana Talian telepon, sms dan e-mail dibukakan kepada pendengar. Insyallah kesemua program ini akan kembali bersama awda pada bulan April 2009 dengan nafas yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Juruhebah yang Awda Minati